Wednesday, January 14, 2004

Assalammualaikum wbt…..

Hari nie aku buat dajjal lagi. Farah call tapi aku tak reti-reti nak balas. Apsal??Rasa bersalah?atau pun malas ataupun marah? Bila difikir-fikirkan kembali…..mungkin salah aku, naper sebagai kawan aku tak mampu nak tolong dia? Sedangkan dia banyak tolong aku. Salah aku ke kalau aku berterus-terang atas apa yang aku rasa. Salah ke kalau aku jadi orang yang jujur. Salah aku ke kalau apa yang aku cakapkan tak sama dengan apa yang dia harapkan. Memang salah aku tak pandai untuk berbohong demi menjaga hati kawan! MEmang salah aku tak tahu hargai niat baik kawan sendiri!Meang salah aku tak reti menolong sembuhkan hati kawan yang terluka! Aku bukan orang lain yang pandai bermadah dan bermulut manis terhadap orang lain. EGOKAH AKU?? Dah lama perkataan ego tak terlintas dalam kotak buruk otakku. Bukan setakat EGO malah SOMBONG,DEGIL dan bermacam-macam lagi kalimah-kalimah merujuk kepada diri ini. Benar atau tidak itu aku sendiri tak tahu. Mungkin benar mungkin tidak! Entahlah aku dah malas nak fakir menngenainya. Kalau hidup ini ibarat roda hidup aku ibarat roda lama yang tunggu masa untuk diganti baru. Dah laa buruk …..bak kata pepatah hidup segan mati tak mau!! Ceh …… bengong!! Hidup mau hepi tapi ...... sedih gak!! biarlah labu......

Friday, January 09, 2004

Assalammualaikum wbt....

Akhirnya, aku dapat juga hasilkan weblog aku yang tersendiri. Bukannya apa, aku tahu perkara ni bukanlah perkara yang patut aku hebahkan kepada semua orang tapi sebagai satu pencapaiaan dalam hidup aku sendiri.Biarlah apa orang nak kata asalkan aku tak kacau hidup orang lain. Heri budak "psycho" baru aje tepon aku. Jangan berpandangan negatif dia sekadar adik angkut aku aje. Memang aku dah berlambak adik tapi Heri sendiri yang sanggup nak jadi adik angkut aku bukannya paksarela untuk aku jadikan adik angkut. Katanya aku boleh ganti apek dalam siri sitcom Senario. Bukan nak membangga tapi cuma nak beritahu sebab musabab kenapa Heri suka dengan aku. Terpulanglah Heri, cuma satu aku harapkan jagalah adik aku elok-elok dan jangan buat perkara tak elok dengan dia. Hari-hari yang dilalui macam biasa aje cuma hari ini aku cuba nak lari (buat sekian kalinya aku lari) dari masalah yang bertimbun dalam kotak fikiran aku. Lari-lari juga tapi aku tetap berpatah balik untuk selesaikan probs yang aku hadapi. Kenapa lari ? sebab aku nak cari jalan penyelesaian yang paling best untuk selesaikan probs yang ada. Hakikatnya aku tak boleh nak lari tapi aku suka hati juga nak guna perkataan lari tu.Ceh dah merapu ni....aircond nie sejuk giler lak!!pergh rugi tak pakai sweater tadi.Pergh .......naik pucat tangan aku. Budak-budak ni bila lak nak kuar? Citer terbaru aku akan postkan esok kot....tak terpikir lagi nak buat apa. Anyway, happy surfing for everybody!!!(ntah ada orang baca atau tidak!)
wassalaam
assalammualaikum wbt...

mmm my first blogger ever.aku hanya insan yang malang dalam kehidupan.

About Me

My photo
a mommy who loves arts, crafts and music so much. ^^

Blog Archive