Friday, January 30, 2015

To you

Kepada yang mengerti. Please promise me not to come back.

Semoga bahagia

Kalau ada satu hajat yang ibu perlu. Ibu mahu supaya tukarkan rasa sakit anak-anak kepada ibu. Biarlah ibu sakit, biarlah ibu menangis tapi bukan kamu anak-anakku. Duhai Pencipta, ibu ini mohon supaya dikurangkan rasa sakit anak kecil itu. Sukarnya melihat anak yang dikandung selama 9 bulan meratap kesakitan. Ibu hampir putus asa. Ibu tidak sekuat itu. Maaf anak-anakku.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 29, 2015

Sentiasa ada

Yep..kami masih lagi seperti dulu. Masih lagi berkawan, walau jarak kami dekat tapi persahabatan yang terjalin tidak pernah disulami dengan pertemuan. Memahami serta menghormati status masing-masing yang kini berbeza. Dulu kami single dan mengharapkan satu sama lain cuma takdir kami bukan bersama. Buat wynn, maish ingat pada Mahmud? Nama samaran sahabat aku, kau yang bagi. =) Kini dia sudah berkahwin. Sudah pasti cuma kau pasti terkejut, isterinya kali ini juga berkongsi nama dengan aku. Percaya tak? Rupanya jodoh bukan dengan empunya diri ini tapi dengan nama yang serupa. Serius ini sangat-sangat keajaiban. Seperti sejatah dulu-dulu diulang tayang. Kami sesungguhnya memiliki pemikiran yang sama.

Kelahiran



Permata hati kedua.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 28, 2015

Bila rindu

Rindu

Sungguh rindu bila dia tiada disisi, walhal hanya untuk seketika. Biarpun dekat beberapa hasta tetap terasa kejauhan. Sekian kali juga rasa itu sama, sama untuk aku. R.I.N.D.U. 

Sungguh Ibu rindu kamu.

p/s : rasa ibu bila anak mula masuk sekolah =)

About Me

My photo
a mommy who loves arts, crafts and music so much. ^^

Blog Archive