Assalammualaikum wbt and greetings,
Keluarga kami memang sukakan kucing. So, kami mempunyai lebih dari 10 ekor kucing di rumah. Nak cakap soal belanja makan dan pakai tu memang la besar jumlahnya. Tapi sebab rasa kasihan tu lebih banyak jadi kami sekeluarga tak kisah sangat dengan belanja untuk kucing. Bukan setakat itu sahaja ye, ia termasuk kos ke vet sekiranya kucing-kucing kami ni sakit. Da macam-macam pembedahan kami jumpa untuk kucing. Ada yang da nazak sangat sampai ke hospital kucing tapi Allah lebih sayangkan dia. Bila cerita bab-bab mcam ni rasa sedih pulak. Hehehe... Tapi post ni bukan sebab kes-kes tu tapi lebih kepada penjagaan kucing. Maklumlah, bila da banyak sangat bilangan kucing, makin banyaklah penyakit-penyakit yang timbul. Salah satunya adalah kurap atau dalam bahasa inggeris 'Ringworm'. Penyakit ni, berjangkit juga kepada manusia jadi seharusnya la kita ambil berat. Kasihan juga pada kucing ye dak? Ini resepi mudah untuk cuci badan kucing dengan kurap.
Bawang Putih
Kebanyakkan binatang atau serangga memang tak sukakan bau bawang putih ni. Kadang-kadang manusia pun sama. hehehe. So, bawang putih ni sesuai untuk rawatan kurap dan kutu kepada binatang peliharaan; kucing atau anjing.
Cara menyediakannya;
Beberapa ulas bawang (ditumbuk halus)
Sedikit minyak masak (Nak guna Virgin Coconut Oil pun boleh)
Gaulkan sahaja
Cara menggunakannya;
Binatang peliharaan - kucing ka, anjing ka, burung ka...
Minyak bersama bawang putih tadi disapu kepada bahagian yang kurap, letak macam sapu ubat macam tu, jangan ditonyoh-tonyoh, hehehe, konsepnya untuk mengurangkan kurap. biarkan beberapa minit. Jangan sekejap sangat, paling maksimum satu jam. Lepas tu mandikan la si comel anda. Maklumlah bau bawang putih kan, kasihan kan si comel anda tu. hehehe. Mandi dengan sabun la ye, bagi wangi sikit.
Apple Vinegar
Banyak sebenarnya kegunaan apple vinegar ataupun Cuka Epal ni kepada kita. Post lain la kalau nak cerita panjangkan? hehehe
Cara menyediakan;
Beberapa sudu Apple Vinegar (ini untuk sekali pakai la)
Dicampur dengan air suam (ikut nisbah 1 sudu cuka : 2 sudu air)
Kalau buat banyak, satu cawan cuka : dua cawan air suam
Ini sebab Apple Vinegar perlu di diluteatau menjadi sedikit cair sebab setengah-setengah binatang mungkin sensitif terhadap apple vinegar ni.
Cara menggunakannya;
Macam bawang putih tadi, lumurkan sahaja kepada badan atau anggota yang ada kurap. Sapu macam ubat juga. BIarkan seketika, kemudian bilas atau mandikan. Lebih baik mandikan sebab barulah hilang semua kekotoran. hehehe. Semua cara ni hanya perlu buat 2-3 kali seminggu sahaja. Macam pakai scrub muke gitu.
Sekian, Selamat Mencuba.