Sunday, December 06, 2015

Bad news

Semalam menjaga zharef. Teruk betul demam kali ni. Pening kepala memikirkan anak sakit, rasa xmampu nak buat apa2. Sungguh. Pagi tadi check ke klinik panel, lama betul menunggu. Rupanya nurse salah panggil nama. Geram pon ada tapi sabar sajela. Doktor check tekak zharef, seperti yang aku duga. Tonsil zharef mula membengkak, serabut kepala bila fikirkan sebarang kemungkinan. Ya, kemungkinan zharef kena operatr dan buang tonsil. Allahuakbar! Lemah kaki lutut bila dengar nasihat doktor. Akubterus contact ejen insurans, sahkan kad insuran. Masih dalam waktu bertenang. Aku perlu mengharapkan gh jugak. Tak mengapalah, boleh mintak first class kalau itu perlu. Ya Allah, kuatkanlah aku.


Saturday, June 13, 2015

Festaim

Betul-betul tengok

Thursday, June 11, 2015

Kalau

I hate kalau

Friday, June 05, 2015

Abah

Hari ini aku teringat abah...arwah abah...da masuk tahun ke 3...16 june...aku sedih sebab masa die pergi...die sorang2 dalam bilik...kami diruang tamu...tunggu azan maghrib nk berbuka...hari tu die bagai tahu die nk pergi...die call abg ngah...abg ngah kebetulan sibuk...die call mak pun begitu...die bagitau die sakit dada aku pulak buat xtau...dan akhirnya Allah jemput die...Allahu...tersentap hati ini...jarak kami dekat tapi kami tak sedar die pergi...

Tuesday, June 02, 2015

Sayang

Untuk kalian
Sayang sayangku

Kalau ini kali akhir
Kalau ini kali ke berapa

Aku mungkin tidak lama
Aku mungkin sekejap saja

Saturday, May 30, 2015

Anakku

Ketika ini
Aku usai berdoa
Untuk anakandaku adam

Tatkala dia terjaga dari tidurnya
Meraung-raung semahunya
Ada yang mengganggu barangkali

Ya rabb
Aku mohon perlindungan darimu
Dari segala maksiat muka bumi
Hindarkan segala sulit
Agar lena kembali tidurnya

Tuesday, April 21, 2015

Sungguh

Biar betul...
Aku paranoid...
Kali kali ini aku sangat depressed

Mungkin kau tak rasa
Tapi untuk aku
Ini pertama buat aku

Rasa sangat down
Rasa sangat give up
Rasa sangat .....

Hilang perkataan aku
Tiada yang sesuai untuk itu

Friday, April 17, 2015

Kalau

Ini untuk aku...
Semoga baik2 sahaja
Aku ingat lagi dulu
Waktu itu

Aku rasa ini sahaja masa aku
Masa yang ada
Bila sakit2 pelik muncul
Kita tiada pilihan lain

Ini kira rezeki

Saturday, April 04, 2015

Selamat

Kali ke 25

Saturday, March 28, 2015

Hidup untuk mati

Satu kenyataan yang jarang-jarang kita ambil berat. Dan untuk aku baru sedar...baru rasa Allah bagi lagi masa untuk bertaubat...dosa yang terlalu banyak yang tak tahu bagaimana nak dihapuskan...Allah bagi lagi masa untuk perbaiki diri...alhamdulillah...biarlah segala yang berlaku beri sedikit hidayah pada aku...supaya aku sedar dan ingat...dunia ini dan segala kita perolehi semuanya pinjaman untuk bekalan kemudian hari...cuba tanya diri...adakah cukup bekalan kita?

Allahu...malunya aku....sudah 31 tahun Allah beri segala kenikmatan tapi...aku lalai...aku lupa...moga moga kali ini aku terus sedar dan tidak lalai padaMu ya Rabb

Saturday, March 07, 2015

Pencipta

Sungguh rasa itu buat aku hilang iman. Tak terjangkau rasa dalam hati. Kosong. Otak ligat fikir segala kemungkinan. Masih terasa sejarah berada dihospital untuk beberapa kali. Kafarah barangkali. Bukan. Itulah harga dosa-dosa aku. Allah beri peringatan betapa aku tak sanggup hadap api neraka saat tiba hari penghakiman. Kau mampu?. Sakit di dunia pun kau tak mampu hadap apakan lagi api neraka. Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosa-dosa aku yang lepas. Selama mana aku lupa padaMu Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba hina yang hanyut dengan nikmat dunia. Allah...berikanlah aku peluang untuk aku bertaubat Ya Allah. Aku tahu ini bukan tempatnya berdoa tapi aku perlu luahkan.

Sesungguhnya Kau Maha mendengar dan Maha mengasihani.

Tuesday, March 03, 2015

Selamat yang tak selamat

Bila tiba hari itu,
Pasti kau tunggu ucap,
Siapa yang ingat,
Siapa yang ucap,

Tapi siapa sangka,
Kali ini ia hadir dengan berita duka,
Kau didatangi kanser.

Bumi bagai sunyi,
Hati bagai mati,
Jiwa ini kosong,
Itulah yang aku rasa di ulang tahun ke 31

Ily

Cinta itu misteri

Phuiiii

Kau pernah rasa macam mana diterjah ludah atas muka?

Tuesday, February 03, 2015

Friday, January 30, 2015

To you

Kepada yang mengerti. Please promise me not to come back.

Semoga bahagia

Kalau ada satu hajat yang ibu perlu. Ibu mahu supaya tukarkan rasa sakit anak-anak kepada ibu. Biarlah ibu sakit, biarlah ibu menangis tapi bukan kamu anak-anakku. Duhai Pencipta, ibu ini mohon supaya dikurangkan rasa sakit anak kecil itu. Sukarnya melihat anak yang dikandung selama 9 bulan meratap kesakitan. Ibu hampir putus asa. Ibu tidak sekuat itu. Maaf anak-anakku.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 29, 2015

Sentiasa ada

Yep..kami masih lagi seperti dulu. Masih lagi berkawan, walau jarak kami dekat tapi persahabatan yang terjalin tidak pernah disulami dengan pertemuan. Memahami serta menghormati status masing-masing yang kini berbeza. Dulu kami single dan mengharapkan satu sama lain cuma takdir kami bukan bersama. Buat wynn, maish ingat pada Mahmud? Nama samaran sahabat aku, kau yang bagi. =) Kini dia sudah berkahwin. Sudah pasti cuma kau pasti terkejut, isterinya kali ini juga berkongsi nama dengan aku. Percaya tak? Rupanya jodoh bukan dengan empunya diri ini tapi dengan nama yang serupa. Serius ini sangat-sangat keajaiban. Seperti sejatah dulu-dulu diulang tayang. Kami sesungguhnya memiliki pemikiran yang sama.

Kelahiran



Permata hati kedua.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 28, 2015

Bila rindu

Rindu

Sungguh rindu bila dia tiada disisi, walhal hanya untuk seketika. Biarpun dekat beberapa hasta tetap terasa kejauhan. Sekian kali juga rasa itu sama, sama untuk aku. R.I.N.D.U. 

Sungguh Ibu rindu kamu.

p/s : rasa ibu bila anak mula masuk sekolah =)

Sunday, December 28, 2014

Another New Year Repeats itself

Sudah lama =) I know =)

Tak pasti kalau ini langkah baru untuk tahun baru. Cuma yang pasti ini bukan yang terakhir. Blog ini akan mula beroperasi secara kerap bermula selepas satu kelahiran =) . Semoga ia memberi sinar baru.

Kepada semua, terima kasih. Ia tak semudah yang kita sangka tapi tak sesusah yang kita jangka =) .


About Me

My photo
a mommy who loves arts, crafts and music so much. ^^

Blog Archive