Monday, December 29, 2008

_salam hijrah



siang malam,
matahari bintang,
muda tua,

pantas jejari waktu meninggalkan kita..
sekelip pandangan berubah cuaca..

namun aku masih disini..
merentas waktu..meniti jalan hidupku..
mungkinkah sinar cahaya bahagia menanti?

ketibaanmu kutunggu..
kedatanganmu kusambut..

moga bekalan esok hari cukup..
moga esok aku teguh..

salam hijrah..1430H

Sunday, December 28, 2008

borak wayang..

blogger-emoticon.blogspot.com

last week..aku klua dengan tunang aku..so called tunangblogger-emoticon.blogspot.comhahaha..neway, kami berdua nonton filem histeria..blogger-emoticon.blogspot.comini movie kedua kami selepas antoo fighters..hehehe..overall..screenplay tersusun..shots semua cantek..cume aku tak ske banyak sangat kawasan yang terlalu digelapkan..contohnya area dorm mereka..memangla untuk jadikan suspens tuh kire cantek la..tapi tak real laa..huhuhu..tapi lakonan liyana jasmin memang mantap..aku ske time
die menjerit..memang real..dia pandai bawak watak dia..penuh dengan emosi..cume jalan cerita memang predictable..ok lah..blogger-emoticon.blogspot.com

tunang aku punya soalan..blogger-emoticon.blogspot.com

"nape tajuk histeria sedangkan cerita bukan pasal histeria"

aku : hurmmm..tatau la..blogger-emoticon.blogspot.com

hati terluka_

blogger-emoticon.blogspot.com

maafkan diriku ini..
aku insan lemah..
aku tak berdaya melawan takdir..

mungkin disitu kesudahannya..
ah..tangisan air mata darah sekalipun..
tak mampu merubah keadaan..

aku pasrah..
aku redha..
maafkan aku..

maafkan aku eyymoo..


blogger-emoticon.blogspot.com ini entri aku tujukan khas buat kete aku..habess aku calarkan kete kesayangan aku..

Thursday, December 18, 2008

_kenapa eh?

semalam berbarbeque dengan peserta kursus..jadi dibawah ini aku sertakan sekali dengan rumusan daripada sudut kacamata aku ini(aku dah official bergelar "si rabun mata") hehehe..

1. Tak semua manusia sama, especially senior..pemikiran mereka lebih tertutup, atau lebih senang faham..skema..pegi sesi kursus untuk melatih peserta menjadi fasilitator tapi peserta terlalu rasional sampaikan lupa bahawa mereka jadi fasi untuk pelajar yang umur mereka rata-rata dalam usia remaja..tapi mereka ikot konteks hidup mereka..aku faham..mereka matang..tapi tak perlulah terlalu serius. Sampaikan terbatas mendengar pendapat dan cadangan orang lain..

blogger-emoticon.blogspot.com hurm..susah betul..pada aku bila kita buat program untuk pelajar..sepatutnya kita lebih kreatif menarik perhatian pelajar..ini kalau aku yang tak berapa muda ni pon ble kata bosan..apa lagi la pelajar..aishh..

2. Modul terlalu skema..banyak yang kene ubah..mungkin mereka boleh bukak satu forum dimana mereka boleh fikirkan bersama konten yang lebih baik..

3. Makanan for sure mantap..huhuhu blogger-emoticon.blogspot.com

4. Peserta oklah blogger-emoticon.blogspot.com takde yang tak best sangat..cume mungkin segelintir yang rasa diri terlalu tinggi..tak reti nak hormat orang lain..mentang-mentangla dia Pensyarah..

5. Oye..aku baru kenal dengan sorang pensyarah ni..ermm..jarang nampak dia sebenarnya..tapi dia dalam komuniti tempat kerja aku gak cuma ntah macam mana..aku tak pernah jumpa dia disini..neway, after 2-3 kali borak ngan dia..he is quite fun to chat with..not bad looking..from my point of view i think he's a metrosexual kinda guy..easy going..love to chat silly things and then laugh..neway, aku cuma nak cerita..ade one time dia claimed that he likes my handwritingblogger-emoticon.blogspot.com..aku pon cuak gilerblogger-emoticon.blogspot.com..bile ntah masa die tengok..walhal baru jer jumpa..aku try korek macam mana dia tahu..dia jawab..adalah..huhuhu..oh bukan..tiada kene mengena tentang memikat atau terpikat disini..cuma nak highlight..blogger-emoticon.blogspot.comADA ORANG BUAT PENGAKUAN..DIA SUKA TULISAN AKUblogger-emoticon.blogspot.com..hehehe (anda pasti jeles kan..hahaha)


aku rasa aku jenis muka tak malulah..hahahahablogger-emoticon.blogspot.com

Monday, December 15, 2008

_rasa kelat ditekak

...kursus 'melatih pelatih' dalam bahse melayu


rumusan untuk bengkel pada arini...banyak kertas yang terkorban ketika kami dan khususnya aku mendengar ceramah atau taklimat dengan begitu khusyuk..aku sendiri pon kagum..dengan tahap kebolehan aku mendengar ceramah..oye, penceramah kali ini memang mantap..dan aku enjoy mendengar, walaupun lebih banyak menconteng kertas..huhuhu..


ok..kholas tuk rumusan kursus..kembali kepada cerita utama aku tuk kali ini..maaf kalian, entri ini ada berbaur hasutan..anda takot tepengaruh??sila tinggalkan blog ini cepat sebelum aku teruskan menaip..


dah??maaf..maksud aku..sila tekan pada punat kecil di sebelah atas kanan skrin anda..


owh..tidak..ini bukan magic..ini juga bukan cerita dongeng..sekadar bercerita..


kamu pasi mahu dengar cerita aku??silakan..


kamu faham erti bersyukur??maksud aku, kamu tahu apa itu syukur? bagaimana rupa bentuk syukur? huhuhu..aku sendiri pon tatau..blogger-emoticon.blogspot.comtapi pada aku, syukur dalam kepala aku ialah menganggukkan kepala dan tidak mempersoalkan sebarang kejadian yang berlaku kepada diri kita..dan selalunya, musibah..maksudnya tidak boleh mempersoalkan perihal kenapa ia terjadi dan angguk tanda faham bahawa ia semua datang dari yang Maha Esa..biar baik ataupun buruk..aku tiba-tiba teringatkan kes kawan aku..kawan baik aku disini..ia mengingatkan aku kepada erti syukur..

alkisah sipolan..aku beri nama PUTERI SALJU (bukan nama sebenar), setahun lamanya dia mencari pekerjaan selepas dia berjaya mendapatkan segulung ijazah di IPTA dengan pointer 3.6. PUTERI SALJU memang cerdik. Tak lama kemudian, dia ditawarkan menjadi exec di HQ Bank di Kuala Lumpur. Starting gaji dia agak mewah, tapi dia peruntukkan RM500 tuk keluarga dia. Berjimat dia selama dia disana. Aku juga kagum mendengar, duduk dikota mewah memerlukan belanja yang cukup besar tapi dek keluarga dia korbankan juga. Dia tahu dia anak sulung, ibu dan ayah dikampung perlu disara, begitu juga 4 orang adik beradik. Adik yang kedua pula sekarang masih lagi belajar di IPTA.

Kisah hidup gadis ini bermula apabila, dia mendapat tawaran menjadi tenaga pengajar disebuah IPTA ditempat dimana dia pernah menuntut ilmu. Ya benar, gajinya sedikit berbanding di bank. Apatah lagi, hanya tinggal sebulan lagi dia akan disahkan jawatan sebagai exec di bank tersebut. Namun, tawaran di IPTA tersebut seperti lebih meyakinkan, dijanjikan tempat sebagai tenaga pengajar tetap sekiranya dalam tempoh khidmat di IPTA tersebut, dia berjaya menyambung pelajaran ke peringkat master. Sememangnya, berbekalkan pujukan manis pihak jabatan tersebut dia nekad berhenti kerja.

Nanti dulu..jangan hukum dia, anda harus faham situasi dia.

Disini aku sertakan baik buruk antara keduanya bagi pihak dia..

Bank : Gaji hampir cecah RM2500 tapi kerja bagai nak mati, kene tanggung salah ketua, ketua asyik marah-marah, rasuah dari pelanggan, balik tak tentu masa, jauh dari keluarga dikampung.

IPTA : Gaji sedikit tapi fleksibel dari segi masa, kerja bagai nak mati tapi masih lagi seronok berhadapan dengan pelajar, jarang kena marah cuma selalu jadi hamba abdi pekerja senior, balik ikot suke, dekat dengan keluarga dikampung.

Bagi yang sukakan cabaran sudah tentu anda sukakan pilihan bank, bagi yang sukakan mengajar, sudah tentu anda memilih menjadi pendidik. Dia memilih kerana keluarga dan bukannya kerana kehendak. Dia perlu fikir tentang keluarga dulu. Susah senang semua atas bahunya. Bukan senang.

Lalu, IPTA menjadi taruhan untuk masa depan dia dan keluarga. IPTA ini menawarkan taraf sambilan sepenuh masa, bermakna taraf dia setanding kakitangan yang lama cuma dari segi tangga gaji, dia berbeza. Tapi dia redha. Setelah satu semester berlalu, dia menjadi salah satu tenaga pengajar popular dikalangan pelajar. Ini kerana dia pandai dan mampu mengajar subjek yang susah kepada para pelajar dan mereka memahaminya. Usahkan kata hadiah, pelbagai kata pujian dari ibu bapa diberikan kepadanya. Memang dia pengajar yang baik.Aku juga faham apa yang dia ajar, sekaligus memahami makna perkataan ekonomi yang memang tak pernah aku dengar. Anda tahu apa itu opportunity cost?Aku tahu sedikit tentang konsep itu, itupun kerana menjadi teman ketika kelas malam dia.

Selepas semester berlalu, terdengar khabar-khabar angin tentang seorang kakitangan dari jabatannya. Kami tahu tentang perihal itu. Jawatannya juga sama dengan PUTERI SALJU, sambilan sepenuh masa. Khabar angin ini tentang perihal tingkah laku kakitangan tersebut dengan pelajarnya. Perihal apa? Bukan itu, bukan juga itu tapi pengajar ini suka manipulasi cerita dan menyebarkan cerita tersebut kepada pelajar. Entah macam mana, kakitangan tersebut membuat cerita tentang ORANG BESAR di IPTA tersebut dan sampai ke pengetahuan empunya badan, Sudah tentu la, ORANG BESAR ini angin satu badan. Dengan itu, ORANG BESAR, mencadangkan agar semua sambilan sepenuh masa diberhentikan.

TERMASUKLAH PUTERI SALJU.

Sekiranya kamu ditempat PUTERI SALJU. Apa yang kamu buat?

Dia? oh..dia masih seperti itu, dia selalu gembira dan ceria walau hatinya berduka. Aku? Aku hanya mampu mendoakan agar dia tabah menjalani harinya. Minggu lepas, dia baru kirim khidmat pesanan ringkas pada aku.

Begini bunyinya :

'Kami baru lepas nanges dgr mak n abah sembangyg diorang susah hati..mane nak cari duit adik nk sekolah, mane duit adik nak masuk balik U..dh la abah x menoreh..diorang ckp klu imah keje mgkin ringan..dpan imah diorang slalu ckp nanti ada rzki pdhl diorang pn susah hati..Ya Allah..mcm tak kuat je hati ini..'

Sebagai sahabat, apa kamu akan buat? Aku? Aku rasa akulah sahabat paling teruk dalam dunia. Aku tak kol pon dia. Aku tak mampu taha airmata ni. Aku tak mahu dia menanges. Aku capai handphone, tapi nombor lain yang aku dail.

Aku : Hello? mak....


p/s : mak aku pon teresak-esak menanges mendengar cerita PUTERI SALJU..semoga kamu tabah ya PUTERI SALJU..

Sunday, December 14, 2008

_bukan mereka

blogger-emoticon.blogspot.com (mari buat ombak)

owh..aku da maju sket..da ade mase untuk ubah penampilan diri..pandai da makeup and touch up blog sendrik walaupun aku kopipes jertapi aku tetap berbangga..
blogger-emoticon.blogspot.compenat woo..oye..esok aku akan bercutiberkursus la..hahaha..selama 3 hari sampai hari rabu..kursus training of trainers..jadi fasi tuan puan..huhuhu..kepada wynn..bile kamuk mauk tukark template kamuk??heheheheade brani??

untuk arini, post aku ni hanya untuk menempel jer..hahahaha..takde pe nak citer lagik..

blogger-emoticon.blogspot.com

About Me

My photo
a mommy who loves arts, crafts and music so much. ^^

Blog Archive